Skop bacaanku kemudiannya bertukar dari novel kepada buku-buku agama, buku sains terutamanya perubatan, ekonomi, peningkatan diri dan sebagainya.
Aku mulakan blog ini untuk berkongsi maklumat dan pengetahuan dari buku yang kubaca dengan para pengunjung blog ini.
Semasa aku bertugas di Hospital Sarikei Sarawak sekitar awal tahun 1990an, budaya membacaku telah membeku untuk beberapa tahun. Ini kerana tidak ada perpustakaan yang memenuhi skop pembacaanku, tidak ada kedai buku yang menjual buku selain dari buku-buku teks sekolah dan kemudahan internet masih belum wujud seperti sekarang.
Budaya membacaku cuma dapat berkembang apabila aku mempunyai peluang melawat Kuala Lumpur di mana aku akan berkunjung ke beberapa kedai buku besar seperti Pustaka Antara, Kedai buku Popular, MPH dan Time.
Di era tahun 1990an, di bandar Kuching cuma beberapa kedai buku yang wujud seperti Berita Bookstore dan Kedai Buku Islam di Jalan Hj. Taha. Sekarang ada beberapa kedai buku besar di bandaraya Kuching seperti Times Bookstore di Pasaraya Parkson, Premier Bookstore di Sarawak Plaza, My@Bookstore, Sinar Suci dan Kedai Buku Islam di Jalan Hj. Taha, Popular Book Store di Kompleks Tun Jugah dan Pasaraya BDC , Smart Bookshop di Hock Lee Centre dan University Book Store (UBS) di Wisma SABERKAS.
Kesemua kedai buku di atas menjual buku-buku terkini di pasaran termasuk buku teks sekolah dan universiti.
4 comments:
Tahniah dan terima kasih kerana memulakan blog buku ini!
Sdr Jiwa Rasa,
terima kasih atas kunjungan dan komen anda. Masih banyak perlu diperbaiki dalam blog ini
Tahniah juga dari saya,
semoga blog menjalinkan epilog...
Salam ramadan
thanks, membaca memang sangat berguna
Post a Comment